Asas ICT dan Taklimat Advokasi
20 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2018, Pusat Internet Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas asas ICT dan taklimat Advokasi di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang, Sibu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi serta berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran apa itu komputer. Selain itu juga, para peserta berpeluang belajar dengan lebih mendalam lagi tentang bagaimanakah komputer berfungsi dan komponen dalam komputer.
Seramai 10 orang peserta mengikuti kelas asas ICT dan taklimat Advokasi ini. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari pukul 3:00ptg sehingga 4:00ptg merangkumi aktiviti seperti tayangan video tentang komputer dan taklimat Advokasi secara ringkas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: